Sabtu, 12 Disember 2015

Itinerary (Musim Luruh) & Bajet Kembara ke Korea

Bismillah..

Saya dan rakan-rakan telah ke Korea pada musim luruh yang lalu selama tujuh hari enam malam bermula 21/10/15 hingga 27/10/15. Berikut adalah jadual perjalanan dan perbelanjaan kami sepanjang mengembara ke Korea Selatan (Seoul, Gapyeong city & Everland) untuk rujukan sesiapa yang bercadang untuk ke sana.

Itinerary

Itinerary hari pertama
Itinerary hari ke-2
Itinerary hari ke-3
Itinerary hari ke4
Itinerary hari ke-5
Itinerary hari ke-6
Itinerary hari ke-7

** Tip merancang itinerary:

1) Jangan penuhkan jadual aktiviti seharian begitu padat terutamanya jika anda merancang untuk ke tempat di luar bandar Seoul seperti Nami Island dan Everland. Berikan sedikit kelonggaran untuk keadaan yang tak dijangka seperti sesat, perjalanan mengambil masa yang lebih panjang daripada yang dirancang dan sebagainya.

2) Buat sedikit kajian tentang tempat yang akan anda pergi -  mod pengangkutan ke tempat tersebut, waktu operasi dan hari tutup. Jika kebanyakan tempat yang anda pergi terletak di Seoul, perlu buat sedikit kajian tentang laluan subway mereka kerana subway mereka jauh lebih rumit daripada stesen LRT atau KTM di Malaysia.
"We travel not to escape life, but for life not to escape us"

Bajet

Untuk bahagian bajet, saya bahagikan perbelanjaan mengikut kategori iaitu penerbangan, penginapan, pengangkutan, tiket masuk, makan dan belanja membeli-belah seperti berikut:

1) Penerbangan
Tiket Air Asia X (return) – RM782
Insurans – RM41
Meals – RM33
Luggage – RM20 (kongsi 10 orang)

Jumlah = RM876

2) Penginapan
Guesthouse 7hari 6malam – KRW 105, 000 (RM398)

Jumlah = RM398

3) Pengangkutan
TBS ke KLIA2 (return) – RM20
T-Money – KRW 40,000 (RM152) – masih berbaki KWR 4,000
(kad touch n go versi Korea )

Jumlah = RM172

4) Tiket Masuk
Petite France – KRW 8,000 (RM30.30)
Nami Island – KRW 8,000 (RM30.30)
Gyeongbokgung Palace – KRW 3,000 (RM11.40)
Snow Park (+sewa jaket & pemegang luncur) – KRW 21,000 (RM79.50)
Everland – KRW 24,000 (RM90.80)

Jumlah = RM243 (bundar ke ringgit terdekat)

5) Makan
Bahan mentah dari Malaysia – RM50 (kongsi 9 orang)
Coklat dari Malaysia – RM20
Bulgogi (Asian Family Restaurant) – KRW 10,000 (RM37.85)
Dakdoritang (Murree) – KRW 15,000 (RM56.80)
Kebab (Namdaemun Market) – KRW 4,000 (RM15.15)
Ayam Kadhai (Story of India) – KRW 14,000 (RM53.00)
Susu Pisang (3 botol) – KRW 3,900 (RM14.80)
Air mineral (3 botol) – KRW 1,550 (RM5.90)

Jumlah = RM254 (bundar ke ringgit terdekat)

6) Shopping
Cenderahati:                          
Pengetip kuku (10) - KRW 7,500 (RM28.40)
Stoking (5) - KRW 5,900 (RM22.30)
Poskad (1) - KRW 1,000 (RM3.80)
Chopstick (4) - KRW 10,000 (RM37.85)
T-shirt (5) - KRW 14,000 (RM53.00)
Fridge magnet (4) - KRW 8,000 (RM30.30)
Keychain (1) - KRW 2,000 (RM7.60)

The Seam BB Cream - KRW 20,000 (RM75.70)
Padlock @ Menara Namsan - KRW 8,000 (RM30.30)

Jumlah = RM290 (bundar ke ringgit terdekat)

# Jumlah keseluruhan = RM2233.00 (kadar tukar wang ketika ini ialah KRW1000 = RM3.785)


** Tip jimat:


1) Beli tiket penerbangan ketika waktu promosi, kalau bernasib baik mungkin boleh dapat tambang percuma seperti yang ditawarkan oleh Air Asia sebelum ini, jadi rajin-rajinlah meninjau laman sesawang Air Asia / MAS.

2) Tinjau harga dan tempah penginapan di laman-laman sesawang seperti booking.com, agoda.com, travel.com dan sebagainya yang memberi peluang kepada anda untuk membandingkan harga penginapan di hotel / guesthouse / hostel di negara yang anda ingin lawati.

3) Dapatkan baucar diskaun untuk tiket masuk di Korean Tourism Organization (KTO) atau di laman-laman sesawang pelancongan yang menawarkan baucar diskaun. Saya dan rakan-rakan menggunakan baucar diskaun KTO di Snow Park (50% diskaun), Everland (50% diskaun) dan juga percuma untuk tiket Gapyeong Tourist Shuttle Bus.

3) Gunakan T-Money (kad seperti Tounch N Go) apabila menaiki subway, bas dan teksi di sekitar kawasan Seoul-Gyeonggi. Kadar tambang menggunakan T-Money adalah lebih murah daripada membeli tiket di mesin / kaunter. T-Money juga boleh digunakan untuk membeli barang / makanan di convenient store seperti 7 Eleven. T-Money boleh dibeli di lapangan terbang atau convenient store. Anda juga boleh dapatkan T-Money secara percuma daripada KTO jika anda mendaftar di laman sesawang mereka.

4) Untuk jimat bab makan, disarankan untuk bawa makanan ready to eat dan makanan segera dari Malaysia seperti Brahim’s, Sharifah, Sri Kulai dan sebagainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan